Monday, July 14, 2008
Dipetik daripada www.nashmills.herts.sch.uk"Awak terkena barisannya!"
"Baik-baik, jangan jatuh apabila sedang berlompatan!"
"Haha! Awak kalah!"
Kata-kata kawan saya masih boleh saya mengingati daripada masa sekolah rendah saya. Setiap waktu rehat mesti hendak mengajak kawan-kawan untuk bermain teng teng bersama-sama. Adakah kamu tahu yang teng teng itu sebuah permainan tradisional juga? Mungkin anda tahu tetapi dalam zaman moden ini, cara bermainnya pun sudah berubah.
Cara untuk bermainnya yang pada masa dahulu adalah begini;
Seorang yang bermain akan melemparkan sebiji batu(sebagai catatan) ke kotak yang pertama. Batu itu harus jatuh di dalam kotak itu dan tidak boleh di luar kotak atau di garisannya. Selepas itu, seorang itu akan berlompat seluruh kotak kecuali yang mengandungi batu itu. Kotak yang keseorangan mesti dilompat masuk dengan satu kaki sahaja. Boleh dimulakan dengan apa-apa kaki sahaja. Jika kotak yang berdua, satu kaki di kotak kanan, satu kaki di kotak kiri. Selepas selesai, pemain itu harus bersambung tetapi membuang sebiji batu itu ke kotak yang kedua dan selanjutnya. Jika pemain itu tidak menjejak sekotak atau menjejak di garisannya, pemain yang lain harus bersambung pula.
Sekarang, macam-macam cara yang budak-budak menukarkan untuk membuatnya lebih menarik.
Nampaknya sampai sini sahaja saya menulis. Saya harap kamu akan mencuba bermain teng teng juga kerana ia juga sebuah senaman juga. (Sebenarnya, saya harus bermula bersenam juga. Asyik sebok dengan komputer dan membuat kerja sekolah!)
