<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2546711800632960607\x26blogName\x3dSiapa+kata+permainan+tradisional+tida...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-beranekapermainan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-beranekapermainan.blogspot.com/\x26vt\x3d4601846006919348376', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Beraneka Permainan Tradisional


SELAMAT DATANG!
Tujuan blog yang saya membuat ini adalah untuk pengetahuan anda
tentang permainan-permainan tradisional yang dibuat pada zaman dahulu
dan masih dimainkan sekarang oleh kita semua.

Semoga anda semua menarik membaca! (:
Gasing
Monday, July 21, 2008

Gambar diambil daripada www.skilltoys.com
Gambar diambil daripada www.citizenpartner.org

Lihat beberapa banyak bezanya gasing pada zaman atuk dan nenek kita dengan gasing yang dibuat sekarang. Walaupun kelihatannya telah berubah, cara untuk bermainnya tidak diubah.

Gasing adalah salah satu permainan tradisional yang dimulakan dengan melukiskan sebuah bulat di tanah. Selepas itu, pemain itu akan memegang gasing itu dengan kuatnya di tali yang lebih longgar di pertengahan jari-jarinya lalu melemparkan gasing itu ke dalam bulat yang telah dilukiskan di tanah. Jika gasing itu berpusing keluar bulatan itu, akan kalah dan sesiapa yang mempunyai gasing yang boleh berpusing paling lama akan menang.

Saya sendiri tidak seberapa pandai dalam bermain gasing ini. Setiap kali saya pergi ke kampung dan bermain gasing, mesti kalah. Malanglah saya seorang bandar dan tidak berpeluang seperti budak-budak kampung untuk berlatih bermain berjenis-jenis permainan tradisonal kita ini.

2:17 AM

Monday, July 14, 2008

Dipetik daripada www.nashmills.herts.sch.uk

"Awak terkena barisannya!"
"Baik-baik, jangan jatuh apabila sedang berlompatan!"

"Haha! Awak kalah!"

Kata-kata kawan saya masih boleh saya mengingati daripada masa sekolah rendah saya. Setiap waktu rehat mesti hendak mengajak kawan-kawan untuk bermain teng teng bersama-sama. Adakah kamu tahu yang teng teng itu sebuah permainan tradisional juga? Mungkin anda tahu tetapi dalam zaman moden ini, cara bermainnya pun sudah berubah.

Cara untuk bermainnya yang pada masa dahulu adalah begini;
Seorang yang bermain akan melemparkan sebiji batu(sebagai catatan) ke kotak yang pertama. Batu itu harus jatuh di dalam kotak itu dan tidak boleh di luar kotak atau di garisannya. Selepas itu, seorang itu akan berlompat seluruh kotak kecuali yang mengandungi batu itu. Kotak yang keseorangan mesti dilompat masuk dengan satu kaki sahaja. Boleh dimulakan dengan apa-apa kaki sahaja. Jika kotak yang berdua, satu kaki di kotak kanan, satu kaki di kotak kiri. Selepas selesai, pemain itu harus bersambung tetapi membuang sebiji batu itu ke kotak yang kedua dan selanjutnya. Jika pemain itu tidak menjejak sekotak atau menjejak di garisannya, pemain yang lain harus bersambung pula.

Sekarang, macam-macam cara yang budak-budak menukarkan untuk membuatnya lebih menarik.

Nampaknya sampai sini sahaja saya menulis. Saya harap kamu akan mencuba bermain teng teng juga kerana ia juga sebuah senaman juga. (Sebenarnya, saya harus bermula bersenam juga. Asyik sebok dengan komputer dan membuat kerja sekolah!)

4:21 AM

Sunday, July 13, 2008

gambar dipetik daripada www.sportsmuseum.ssc.gov.sg

Malangnya bahasa melayu saya tidak seberapa baik tetapi saya harap anda boleh memahami apa yang saya hendak cakapkan di setiap catatan.

Saya sangat minat dengan "blogging" dan saya memang ada blog saya sendiri juga. Apabila guru saya bertanya siapa yang hendak ambil bahagian dalam pertandingan ini, dengan cepat saya mengatakan yang saya sangat minat untuk bahagian ini.

Saya akan mulakan blog ini dengan catatan tentang permainan tradisional congkak. Sudah lama saya tidak bermain congkak! Waktu saya kecil lagi, saya suka bermain congkak dengan nenek saya. Sekarang, dengan kerja sekolah dan masalah-masalah yang kita harus melayani, susah untuk mencari masa untuk berduduk dan bermain permainan tradisional ini.
Semasa saya pergi ke Selangor dengan kawan-kawan sekolah saya, itulah masa yang terakhir saya mengingati bermain congkak. Seronok sekali!

Adakah anda tahu yang "congkak" dalam bahasa zaman dahulu bererti "kira"? Permainan ini sangat popular sampai sekarang, sampaikan ada cerita hantu dimainkan di wayang yang bernama "Congkak"!
Cara untuk bermainya begini - ia permainan yang hanya boleh dimain oleh 2 orang sahaja. Tujuan permainan ini adalah untuk mempunyai lebih biji daripada orang yang lain itu di dalam 'rumah' anda. 'Rumah' anda adalah lubang yang paling besar di tepi congkak itu.
Senang untuk dimain, ya? ;)
Hai... sampai berabuk kotak congkak saya di dalam almari saya itu.
Ada sesiapa yang hendak bermain congkak bersama saya?

12:04 AM